15 Disember 2012

Kaca Berderai...Lilin Menyinari Kegelapan...Hati tetap terluka..!!



Sampai bila la sedih aku ini nak hilang dan kembali tenang. Hati aku macam..sepihan kaca nie.. namun tak seorang dari mereka yang sebenarnya tahu. Sampai bila aku nak biarkan dorang semua buat aku macam tu..!!
Sampai bila aku nak biarkan dorang buat kewujudan aku nie ada dalam tiada... Bila susah ingat aku tapi bila senang hilang terus je tu...hahahahaa....
Pastu clik satu ayat yang dorang suka cakap nie "MENGAMBIL KESEMPATAN DARI KEBAIKAN ORANG" huhuhhuhuuu....Hebatnya ayat dorangkan , macam dorang tu  tak ada ciri-ciri ayat macam tu pulak. Pastu suka suki dorang je nak cakap aku macam tu..xgeram rasa hati. Kalau dah tahu aku nie ada kepentingan dalam hidup korang tak reti-reti ke jaga hati dan perasaan aku nie...bukannya susah.

Nie tak ada nye dorang nk jaga, malah dorang sakitkan hati aku ada la...nie bukan lagi berkecai macam pecah kaca lalu jadi debu, kemudian......FFFFFFLLLLLLYYYYYYYYYY.......
Sakitnya hati sebak dada asyik tahan rasa marah, geram, bengang, dan benci pada dorang tu. Walaupun aku  tahu tak guna nak lepas marah pada orang-orang yg tak nak dan tak pernah tahu perasaan orang lain, tapi betul la kata Arwah Abah aku...aku ini ibarat satu lilin menyinari kegelapan orang lain tapi bile kegelapan diriku, mereka hilang.

Serius aku cakap jika hal yang tidak berkaitan dengan family, aku tak ada nak layan jiwa jiwang macam ni...
but this...damnnn...me ROSAK kan hati aku.
Nak kata aku tak boring asyik termenung memang aku dah boring tersangat-sangat sampai aku menangis layan sendiri jiwa ni weii...ada masa tu, sampai ke satu tahap aku ada rasa berpura-pura dalam ok tapi sebenarnya aku memang tak berapa ok...terus terang aku tak mau rasa mcam ni wujud dalam kehidupan aku....bosan, sakit, sebal... bak kata orang indonesia....BETE sik....!!!!????!!!!

Tapi, Apa yang dah terjadi dan semua yang telah terjadi adalah sejak Arwah Abah tak ada.. Nak menjaga 2 IBU memang bukan mudah. 2 hati berbeza rasa....
sorang Ibu Tiri dan sorang lagi Ibu kandung aku boleh macam tu.. pasti 9 orang adik beradik...Ibu tiri aku ada 4 orang semua lelaki anak hasil perkahwinan dia dengan Arwah Bapa aku.. dan Ibu kandung aku pula mempunyai 5 orang anak iaitu 3 perempuan 2 lelaki.

Macam mane aku nak cakap nie yea, jenis sikap adik beradik aku ini....peerrhhhhhhh.....semuanya jenis ke laut.... Semua bajet2 bagus tapi semua hampehhhhhhh....!!!!!!!!!!. (Termasuk ladenan aku sendiri ....huhuhuuhu....uu....) Dengan sikap yang berpelbagai kerenah, degil, keras kepala dan keras hati adik-beradik aku  semua ada la....Aduh.. orang yang tengok pasti fening apatah lagi aku yang dari azali bersama.. Dan sebab itulah dahulu aku sering melihat Arwah Abah sering duduk sendirian di dalam bilik Arwah sambil bersilang kaki termenung melihat ke lantai..maybe inilah yang Arwah Abah sering fikir kan sikap ANAK-ANAKnya yan tidak pernah matang dan entah bile matangnya.

kalau ayat aku tu kadang2 jiwa..bukan aku buat-buat tapi itulah kenyataannya ..kita nie bukanlah sempurna mana pun. Dalam hati kita nie kadang-kadang tersembunyi seribu kedukaan, kegembiraan dan pelbagai rasa... Ada yang suka memendam rasa sehingga makan hati sendiri. Ada yang suka meluah rasa demi kebaikan hati mereka bersama, Ada yang suka meberontak dengan perbuatan ataupun mereka lebih suka jika mereka tahu sendiri.

Inilah cara aku..jika luah nie mereka tahu, maybe dorang akan tahu bagaimana isihati aku yang sebenarnya....tapi sayang dorang tak pernah nak tahu isihati aku, sebab masing-masing hanya sibuk dengan kehidupan mereka. Malah setiap apa yang aku lakukan seringkali dikata....KEBUDAK-BUDAKKAN....( boleh macam tak macam itu ). Orang tak akan percaya bahawa umur aku ini sudah 30an..tapi disebabkan tubuh badanku yg agak "COMEL" so orang tak tahu la berapa umur aku melainkan orang-orang tua sahaje yang tahu menilai umur aku dari raut muka aku yang bermasalah.

Now on, aku biarkan mereka dengan dunia mereka, dan aku dengan dunia aku ini. Jika aku melarang mereka ataupun menegur mereka nanti mereka membaling "AYAT-AYAT CINTA" pulak kepada aku, so better aku biarkan mereka. Jika mereka datang bertanya baru aku bersuara.. tapi ibarat lagu Iwan Dangdut....YANG SEDANG-SEDANG saja..lain ayat pasti sentap jiwang pulak..

Kadang-kadang untuk kita menyedari akan kesilapan yang kita lakukan amat sukar untuk kita ketahui, sehingga ada orang lain yang nampak akan kesilapan kita. Aku tahu kadangkala aku sering melakukan kesilapan, tapi itu tidak bermakna mereka boleh menghukum aku seperti membunuh orang ataupun pengedar DADAH...!!!!..( Ahahahahha..lawaknya Ayat ini.)



Arwah Abah pergi tanpa meninggalkan kuasa VETO kepada aku, maka dengan itu Adik-adik aku tidak pernah mendengar kata dua aku. Zaman remaja aku dahulu agak NAKAL..

Apa jua kenakalan aku Arwah Abah cukup makan hati. Fening Kepala dia bila dok memikirkan sikap aku dahulu yang suka meberontak, melawan cakap dan sebagainya. Sampai Arwah abah mengelarkan aku KELAWAR MALAM. Nak tak nak Abah mula terima dengan sikap aku sebab Arwah Abah tahu satu saat sikap aku akan berubah BORING dan kembali kepada ASAL usulnya.. waktu itu adik beradik aku yang lain masih kecil-kecil.. so apa yang aku lakukan jadi perhatian dorang semua la. Betul la kata orang-orang tua dahulu, Ayah akan melarang setiap perbuatan yang kita lakukan, tapi ibu akan membiarkan dan menasihati bila ayah mula bersuara KASAR. sebab itu Arwah abah ada cakap..jangan melebih apa yang kita buat..aku anak sulung so jangan marah jika satu ketika adik-adik bersikap kasar kepada kita. Aku tidak marah dengan apa yang telah Arwah Abah katakan, ia memang ada benarnya..tapi itu tidak bermakna mereka harus tidak menghormati aku sebagai KAKAK SULUNG. Aku tidak pernah melarang apa yang mereka ingin lakukan, asalkan ia tidak merugikan diri sendiri ataupun memalukan keluarga. Sudah cukup pengalaman kehidupan dahulu mengajar aku erti kehidupan. Jika aku ingin luahkan pasti panjang berjelar dan agak sukar korang-korang nak baca nanti..hahahhahahahaha.....


Yang pasti hari ini, hati aku cukup-cukup menderita.. Menderita kerana kasih sayang aku kepada adik beradikku sendiri. Menderita kerana mereka masih belum mengetahui kasih sayang aku kepada mereka semua. Derita kerana masih ada yang salah sangka akan kash sayang aku kepada mereka.

Derita ini kerana aku tidak mampu melakukan apa-apa, aku tidak mampu merubahi apa-apa jua.
Apa yang pastinya hanya mereka juga yang harus melakukan perubah ini demi kebaikan kami bersama, jika aku sorang pasti pincang warna dan rosak reka bentuknya..


sesungguhnya aku sayangkan mereka semua..tapi sayangnya.. kata-kata sayang aku seperti tak wujud dalam kehidupan mereka..

Along sayang korang semua..

Angah, Alang, Abang, Adik & Mak.....

Along sayang korang semua..., Ayong, Anjang, Abang Chik, Adik Nata & Cik Ora..


sayangnya.......