2 Januari 2013

Selamat Tinggal 2012 yang penuh kenangan manis dan pahit...Selamat Datang 2013 yang bakal mengisi kenangan manis dan pahit......

Tinggal sudah tahun 2012..kini tahun 2013...


Sudah 2 hari berlalu..tapi aku cuba kongsikan kisah-kisah yang terjadi..

Maybe 1 day ada yang terlupa diceritakan ataupun akan ada cerita yang terungkit kembali.
Pelbagai pekara dan kisah yang terjadi..ia sememangnya membuatkan aku sedih dan pilu setiap kali teringat, namun aku gagahi jua kehidupan ini kerana aku tahu Allah masih menguji aku dan memberikan aku peluang untuk berubah sedikit demi sedikit.

Jiwa yang terluka tetap aku sembunyikan disebalik senyuman yang hampar. Hati yang menangis aku sembunyikan disebalik tubuh yang lesu namun tetapi digagahi jua demi mereka yang mengharapkan aku ceria, gembira..namun apalah dayaku, kerana ingin menjaga hati mereka aku tetap bersikap hikporit buat mereka...DAMNNNNNN....!!!!!!...

Apa yang telah terjadi pada tahun 2012.. ia sentiasa menbuatkan aku lebih mengenali mereka yang melukai hatiku. Ia membuatkan diriku lebih kepada menghitamkan dari memutihkannya. Aku tahu tidak guna aku berdendam ataupun menyimpan Amarah yang terlalu lama kepada mereka yang telah membuatkan hati aku terluka..tetapi hatiku seperti serik yang sukar untuk aku fahami kian kali ia terluka... Semakin ingin aku lupa kan semakin hari ia lebih pedih dari toreh pisau ditangan, disusuh duri..tapi pedihnya luka ini kian dilukai ditempat yang sama sehingga parut itu kian terluka dan berdarah kembali.

Namun aku tahu didalam sekelumit hatiku ini masih ada rasa ingin memaafi mereka yang telah melukai hatiku, namun aku masih tidak tahu bila dan entah bila ia akan terjadi.

Buat Insan yang telah tiada Arwah Abahku iaitu MOHD AINI BIN MANSOR,
Sesungguhnya Anakmu ini masih merintih dalam sesuatu yang belum pasti. Entah kenapa hati ini masih sakit dan terluka. Hati ini masih belum temui kedamaian dan juga masih lagi mencari sesuatu yang entah apa yang dicarinya, selain mengharapkan HIDAYAH dari Allah S.W.T. Along Masih tidak tahu bagaimana harus Along berkata dan meluah untuk tidak melukai hati mereka semua. Along juga tidak tahu sampai bila Along harus menjaga bahasa Along agar hati mereka tidak terluka dengan bahasa yang bakal Along kata kan kelak..tetapi sesekali bila Along bersuara sudah pastinya mereka tidak boleh menerima dan sakit hati bila mendengarnya. Hati Along sakit dan pedih rasa di dalamnya sangat-sangat Abah.. sakit bila Along harus memendam rasa. Sakit bila tidak mampu meluah rasa. Berat Mata yang melihat berat sungguh saat ini bahu Alongmengalasnya. Tidak mampu menjadi seorang yang yang baik menjaga IBUnya, tidak mampu mendoakan yang terbaik buat arwah abah sendiri disana..(entah bagaimana nasib ARWAH ABAHku disana..pasti sakit dan azabnya abah disana...subahannallah..AL-Fatihah..) Tidak mampu menjadi seorang KAKAK kepada adik-adiknya Dan tidak mampu menjadi diri sendiri saat hati menangis. Namun Along sentiasa mendoakan kesejahteraan abah disana. Semoga Allah memberikan kerahmatan buat Abah disana..AL-FATIHAH..amin.

Buat ibuku yang tersayang iaitu ZANARIAH BT MOHAMAD SUUD,
Ketahuilah sesungguhnya Along sayangkan mak. Terkadang perasan terasa hati dan merasa tersisih tetapi ada, namun satu sahaja yang sentiasa membuatkan along mengalah..pesanan Arwah abah.."APAPUN YANG MAK BUAT DAN ALONG TERASA JANGAN AMEK HATI..MAK TETAP MAK..ALONG BUAT SAHAJA TANGGUNGJAWAB ALONG PADA MAK MANA YANG TERMAMPU". Along tahu bukan senang nak hidup tanpa kedua-dua mak dan abah. kehilangan Arwah Abah di saat along masih belum bersedia dan terfikir Arwah akan pergi. Along masih mengharapkan ia tidak pernah terjadi, kerana along masih mengharapkan kasih sayang Abah walupun abah tidak mampu memberikan sepenuh kasih sayang abah kepada along dan adik-adik yang lain tetapi cukuplah dengan adanya Abah dihadapan mata ini, namun apalah kuasa dan daya along kan, Allah lebih sayangkan Abah Along tahu abah sayangkan anak-anaknya walaupun Abah tidak pernah menyatakan sayang. begitu juga along...Along tidak pernah berkata sayang tapi Along sayangkan abah dan mak. tanpa abah dan mak siapalah along dan tidak lahirlah along ke muka dunia ini. Along tahu abah bukan seorang abah yang baik dan sempurna tetapi Along tahu Dia ingin jadi yang baik namun sayang dia tidak berkemampuan. Dan rasa marah terkadang ada jika menyebabkan Along terkenangkan apa yang telah Cik Ora lakukan kepada kita..memang pedih dan sakit kerana perbuatan baik dibalas kejahatan..perasaan dengki dan dendam yang ada didalam hati mereka. Along harap kita dapat menempuhi kehidupan ini dengan ketabahan dan kesabaran walaupun amat sakit dah pedih..

Buat ibu Tiriku iaitu NORAIHAN BT BAHARUDDIN,
Jauh didalam hati ini ingin melupakan setiap jasa yang pernah Cik Ora lakukan, namun Along tetap berterima kasih. Dan kita telah hidup bersama bertahun lamanya dan kta terpisah sehingga Abah per meninggalkan kita semua dan selepas itu kita membawa haluan masing-masng tetapi along tdak memahami sesuatu yang telah membuatkan ia sering menjadi pemikiran UTAMA didalam fikiran Along sejak ketiadaan Arwah sehingga sekarang..Dan persoalannya kenapa dan mengapa?? Adakah benar ataupun ia sekadar rekaan Cik Ora semata-mata...???
Semoga apa yang Cik Ora lakukan terhadap kami akan diberikan sejuta jawapan Akhirat. Dan jika sungguh kami yang bersalah didalam pelbagai hal yang telah menyebabkan Cik Ora katakan ia benar dan kami salah, Insyaallah apa juga hukuman dunia kami terima..ia bukan kata takbur tetapi kami memang jahil erti Agama, namun kami tidaklah terjahil hukum Allah Ta'ala. kami tidak takut hukum undang dunia ini tetapi kami amat takut HUKUM AKHIRAT atas perbuatan kami di akhirat kelak..tetapi kami tahu Allah Ta'ala akan sentiasa memberikan pengajaran buat umatNya yang lupa. Semoga kita diberikan jawapan didalam perbuatan kita...Amin..

Pelbagai rasa dan derita telah pun aku jalani dengan rasa dan dukannya. Telah aku tempuhi jua setiap dugaan Illahi, telah jua aku terima sedikit dari hukum dunia ini. Namun selemah mana dugaan Illahi, isyaallah aku akan tetap berusaha untuk menghadapinya dengan ketabahan dan semoga Allah Ta'ala memberikan aku kebahagiaan yang aku cari dan apa yang aku ingin temui.
Tiada azam aku sematkan didalam dairi 2013 kali ini..
Aku biarkan apa jua yang terjadi menjadikan ai lebih matang dan cekal.
Aku juga biarkan masa merubahi setiap perbuatan burk kepada baik dan aku juga biarkan masa berjalan dan aku tetap teruskan kehidupan ini seperti biasa dan aku juga beranggap bahawa kami tidak pernah derita.
Inilah sedikit kisah yang aku paparkan untuk ditatapan sebagai hiasan duniawi. Aku jadikan ia sebagai satu pengalaman dan juga mengajar aku agar tiada duka yang sentiasa membawa duka dan kegembiraan.
Aku tetap berdiri walaupun aku ama lemah untuk berdiri.
Aku tetap tersenyum walaupun hatiku merintih tangis..
Aku tetap aku..yang berubah hanya waktu yang tidak pernah menungu sesiapa pun..