27 Disember 2012

Pengalaman..mengajar...kita..KETABAHAN & KECEKALAN..

Assalammuailaikum,


Aku ( MELAKA )
Seribu pengalaman menempuhi semua rasa kedukaan, kepahitan dan kepayahan dalam kehidupan ini..pasti terkadang membuatkan kita berkeluh kesah seperti mahu hilangkan semua rasa. Kepertian itu kadangkala melemahkan kaki untuk melangkah dan terkadang ia membuatkan kita sedari akan sesuatu yang mungkin belum diberikan kepada kita. Dan keperitan itu juga boleh membuatkan kita semakin kuat menempuhi hari mendatang.

Langkah kaki tidak pernah salah, yang salah adalah kita yang memilih arah mana yan ingin kita tujui..
Dan pilihan sememangnya ditangan kita, dan hati kita terkadang-kadang pandai memilih namun terkadang-kadang.. hati kita salah memilih juga. Kenapa..? Mengapa..? Adakah...? Atau ada sebabnya...

Semua jawapan ada pada diri kita sendiri. Sama ada ingin meneruskan perjalanan dalam memilih kehidupan ini ataupun membiarkan ia musnah tanpa diberikan jawapan dalam pengalaman tersebut.

Aku memilih untuk merasai semua pengalaman yang aku pilih, walaupun aku tahu semua pengalaman itu akan memberikan seribu kesan kepada aku di kemudian hari..dan aku tahu mungkin ada yang boleh menerimanya..dan ada yang tidak boleh menerimanya. Mungkin satu ketika aku akan diherdik, dihina, dipandang serong..tetapi aku ada pengalaman biarpun ia akan dan telah memberi kesan dalam kehidupan aku kelak..dan ia sedikit sebanyak telah mengajar aku tentang kehidupan.

Kata orang tua dahulu, tak salah mencari dan menimba pengalaman...tapi biarlah perkara yang baik-baik sahaja..tetapi aku memilih pengalaman yang buruk untuk aku jadikan yang baik..kerana..aku tidak mahu dikatakan memperlajari sesuatu yang baik-baik sahaja..lalu menjadikan diri aku seorang yang mulia tetapi HIPOKRIT di mata orang lain.. Dan aku tidak kisah jika ada dikalang mereka yang memanggil aku dengan panggilan itu kerana manusia ini ..rambut aja yang sama hitam tapi hati dalaman mereka lain sifatnya. Aku tahu mereka telah pun memanggil aku HIPOKRIT..biarlah.....asalkan mereka GUMBIRA....
( not GEMBIRA )...

Memang benar pengalaman yang kita salah pilih akan membuatkan ORANG-ORANG sekeliling kita sering meletakkan HUKUMAN, tanpa rasa simpati ataupun memberikan peluang untuk menjadi yang baik, ataupun menerangkan sesuatu yan mereka tidak tahu tetapi terus melatakkan hukum.. Bagi mereka orang yang salah memilih tidak layak diberikan keistimewaan dan juga hidup berbahagia, dan sebaliknya mereka harus disisihkan.. Aku tidak kata yang aku betul dan baik di dalam semua hal..tetapi kadang-kadang aku juga benci kepada sikap mereka itu. Memandang aku ataupun sesiapa yang telah salah memilih dalam kehidupan ataupun tersalah jalan pasti mereka sebelah mata..seolah-olah mereka itu lebih sempurna dan baik di dalam kehidupan mereka tanpa ada cacat cela dalam kehidupan mereka. kadankala semak juga fikiran aku bla terfikirkan sikap mereka tetapi aku masih bersikap biasa.

Haruskan aku berbuat kebaikan untuk menunjuk-nunjuk lalu mendapat pujian..??
Haruskah aku berbuat kebaikan untuk mendapat kawan yang ramai, yang hanya sokong pada kebaikan lalu kutuk kepada keburukan..??
Ataupun aku buat sahaja kebaikan tetapi diamkan sahaja..??
Ataupun aku lebih diamkan buat baik kurangkan berkawan, yang hanya memilih kebaikan dari keburukan..?

Aku tetap teruskan kehidupan aku seperti biasa. Lakukan kehidupan seperti dahulu walaupun ada diantara kehidupan itu telah aku "STOP"  dari melakukannya..mungkin sebab waktu sudah tiba untuk aku "STOP", ia bukan bermakna aku sudah menjadi seorang yang baik, tapi mungkin benar kata Arwah Babahku dahulu.." jika kita sudah penat kita sepatutnya berhenti ".

Aku berhenti di situ, lalu aku cari pengalaman lain untuk aku tempuhi lagi kehidupan ini. Apa yang aku tahu selagi kita bernyawa dan masih mampu melakukan apa jua..teruskan mengejar dan mencari pengalaman untuk kita tahu erti KEPAYAHAN, KEPERITAN, KEPAHITAN dan juga KESAKITAN. Barulah selepas itu dalam kita menempuhinya...akan hadir sedikit demi sedikit, dari KEPAYAHAN itu akan datangnya KESENANGAN, dari KEPERITAN itu akan datangnya jugalah KESELESAAN, dari KEPAHITAN itu akan datangnya juga sesuatu KEMANISAN yang belum kita rasai nikmatnya.. Dan dari KESAKITAN dalam menempuhi ranjau kehidupan ini pasti akan datangnya jugalah satu KEBAIKKAN..yang lebih baik dari dahulunya..
Lakukanlah ia sebaik dan semahunya hati kita inginkan tetapi AWAS.. jangan jadikan ia tandus tanpa arah tujuan. Tetapkan jiwa agar kita masih tahu arah pulang ke tempat asal  usul kita..

DAN INGAT SESUATU SEBELUM KITA TERLUPA DALAM MENGEJAR PENGALAMAN ITU..
Masa juga sememangnya tidak pernah menunggu kita, carilah pengalaman selagi boleh dan janganlah berhenti selagi kita masih mahu mencari pengalaman itu. Waktu memang tidak dapat kita putarkan kembali ke waktu dahulu, tetapi kita mampu memperbetulkan dimanakah kita melakukan kseilapan itu. Belajarlah dari kesilapan dan bukan melakukan kesilapan yang berulangkali. Dan ingatlah..walaupun kita cuba untuk tidak melakukan kesilapan ia akan tetap datang, sekiranya ia terjadi  dan hadir kepada kita janganlah kita berputus asa ataupun sebaliknya.. Jika kita nak menangis sekalipun, nangislah sepuas hati, jeritlah sekuat suara.. Laungkan keluh resah kita tetapi apa yang pasti ia hadir bukan untuk melemahkan kita..itulah dimanakah UJIAN DALAM KEHIDUPAN...

P/S :-

PENCARIAN DALAM PENGALAMAN AKU MASIH BELUM TERHENTI disini..IA AKAN MENGAJAR AKU LEBIH LAGI TENTANG KEHIDUPAN.. SATU RAGAM MANUSIA, KEHIDUPAN MEREKA DAN JUGA SEGALANYA TENTANG KEHIDUPAN..BIARPUN AKU LETIH NAMUN ITULAH HAKIKAT DALAM KEHIDUPAN KITA YANG SEBENARNYA..NAMUN TIDAK SEMUA MAHU MENGAKUINYA KERANA DALAM DIRI KITA MASIH ADA KEEGOAN YANG TERSENDIRI. TAK SALAH UNTUK MENGAKUI SESUATAU DARIPADA MEREKA MENGETAHUI KEMUDIAN BERKATA SENDIRI..ITU LEBIH SAKIT HATI...