4 Januari 2013

Kian Lewat Hari..yang Terjadi Telah & Akan Terjadi

Aku cuba berjalan dalam hujan tanpa bertemankan payung. Aku cuba mengikuti rentak hujan.. Lebatnya hujan lebat jua hati ini menangis. Aku sering bertanya kepada hatiku, Bilakah sedih ini akan hilang.!!!
Bilakah ia akan pergi meninggalkan hatiku yang kian dirundung kecewa ini. Tidak pernah aku menyesali untuk menangis kerana tangisan aku boleh membuatkan hatiku reda dalam meraung seribu kedukaan.

Rahmat hujan telah banyak berjasa kepada bumi, sungguhpun kadang-kadang hujan turun tanpa henti dan menyebabkan bumi dibanjiri dan dilanda sedikit kemusnahan harta benda..namun Rahmat dan Ketentuan Illahi tidak ada siapa yang boleh menghalangnya...walaupun kita sebagai manusia sekalipun ..melainkan kuasa Allah Ta'ala. Dia yang memberikan seribu kedukaan, kemusnahan, kesukaran, kepahitann..tetapi Dia jugalah yang akan memberikan sejuta kegembiraan, kebaikan, kesenangan dan kemanisan didalam setiap kehidupan manusia. Tidak aku nafikan terkadang manusia juga masih leka dalam mendoakan kesejahteraan dunia selain kesejahteraan dunia sendiri. Aku juga seringkali lupa dalam meminta agar Dia perkukuhkan dunia ini.. Aku juga seringkali lupa agar Dia sentiasa tunjukan kepadaku akan kuasa keindahan BUMI ini...walaupun aku sedari sememangnya BUMI ALLAH ini sungguh indah dari yang telah aku lihat didalam pelbagai ranngkaikan gambar-gambar yang telah dipaparkan oleh mereka.

"KUN FAR YA KUN"..
Jika dia berhendakkan ia akan terjadi, maka JADILAH IA, jika Dia masih belum mahu ia terjadi maka BELUM TERJADILAH IA. Allah Ta'ala telah memberikan setiap kebaikan dan keburukan di dalam kehidupan ini bagi menyimbangkan kehidupan kita. 

Allah jadikan Langit dan bumi sebagai pasangannya. Malam ditemani Siang sebagai pasangannya. Lautan dan darat sebagai pasanganya juga. Malah Allah juga telah mengciptakan Adam dengan pasangannya iaitu Hawa, Lalu diseimbangkan lagi kehidupan ini dengan tumbuh-tumbuhan yang dapat memberikan kebaikan dan juga sebaliknya...dan diberikan juga Binatang-binatang untuk kehidupan ini...namun masih lagi diberikan juga kebaikan dan keburukan disebalik semua yang diberikan kepada kita. Adakah ini yang dinamakan Allah masih kejam buat umatNya.

Kekejaman dunia yang telah terjadi pada hari ini semua telah tertulis. Kejahilan manusia merakuskan bumi sememangnya sukar diterima pakai, namun didalam hati mereka yang telah jahil dan rakus dengan hasat dengki dan ingin menerokai dunia ini sepertimana Allah Ta'ala menciptakannya... Mereka musnahkan jua kehidupan bumi ini. Mengzalimi Manusia yang tidak berdaya. Membunuh mereka yang tidak mahu memberikan kuasa.

Hari ini, kehidupan yang aku inginkan masih belum aku temui. Kasih sayang telah aku temui, tapi...jawapan yang pasti dalam aku menempuhi satu kehidupan iaitu BERUMAHTANGGA seperti samar bayang dalam kehidupan aku. Aku ingin bahagia seperti pasangan lain namun entah kenapa hati ini seperti terkunci untuk menerima dan mengatakan keinginan aku itu. Mungkin kerana kejadian demi kejadian menimpa dalam kehidupan aku dahulu sedikit sebanyak menanggu fikiran aku. Perasaan takut seperti menghantui hatiku.
Siapa yang tidak mahu bahagia dan memiliki zuriat dan keluarga. Jauh di dalam hatiku ini aku ingin memiliki semua itu, tapi...........!!!!!!!!!!!!!........( SEDANG MENCARI JAWAPAN SENDIRI )...

Bukannya aku inginkan kesempurnaan di dalam semua kehidupan ini, tetapi cukuplah jika ia sekadar kehidupan yang bersederhanaan di dalam kehidupan aku kelak. Jika dihimpunkan dosa-dosaku di masa lalu, pasti tidak tertanggung untuk aku hadapi di Alam Sana. Biarlah aku pendamkan seribu rasa.. jika aku luah sekalipun siapalah yang sudi mendengarnya, hanya didalam DAIRI HATIKU inilah tempat aku meluah sedikit demi sedikit rasaku. Di dalam kehidupan ini masih banyak lagi harus aku pelajari dan masih  aku mencari pelbagai jawapan.

Didalam setiap persoalan ini..aku ungkapkan hati yang penuh kecewa. Rasa terkilan aku kian meruntun jiwaku sendiri. Rasa sedihku pulak, kian hari kian meluluhkan hatiku sendiri. Akhirnya sepi bertandang kembali. Jiwa aku kian kali terseksa. Jika ini hukuman darinya Alhamdulillah dan insyallah aku terima dengan ketabahn hati. Biarpun aku menangis namun aku harus tabah.

Jika aku harus sesali dengan apa yang terjadi sememangnya aku amat sesali. Jika dapat aku putarkan kembali waktu ingin sekali aku putarkan ia, Jika aku dapat miliki kuasa ingin aku miliki kuasa tetapi aku hanyalah seorang insan dan manusia biasa. Masih lagi terkapai-kapai didalam pencarian kehidupan ini. Onak duri tetap tajam mengiring perjalanan hidup aku..dan di saat aku letih aku tetap gagahi jua walaupun kaki ini sudah tidak mampu berjalan. Telah Allah Ta'ala tetapkan segalanya buat aku dah aku pasrah menerima ketentuan dariNya. Jika dia yang memberikan kenikmatan maka dia juga akan menarik segala pemberian itu.