Hari ini aku masih boleh senyum tertawa ketika dalam keperitan, ketabahan itu
tidak akan dapat dibeli di mana-mana tapi ia di anugerahkan dengan tingkat
kesabaran serta kepercayaan. Jangan mengeluh kesah dengan kisah
ketika ini, Dia telah memberi apa yang aku termampu hadapi.
Onak dan duri kehidupan ini adalah satu laluan biasa bagi perjalanan kita. Calar dan luka telah menjadi satu koleksi didalam hati dan ia memberi aku pengalaman dan kesan kisah dlam kehidupan. Kadang-kadang jika di
curah cuka di luka pasti akan menambahkan kepedihan diluka yang nampak pada dasar mata tapi jika dicurah cuka dalam lubuk hati yg terluka pasti..nyawa menjadi taruhan.
Ketika aku duduk sambil merenung jauh di jendela malam aku teringat semua kenang-kenangan dahulu, saat-saat gembira sewaktu bersama-sama keluarga aku. Aku tersenyum dan menghelakan rasa kerinduan yang terlalu dalam..tapi tanpa aku menyedari aku menangis. sakitnya dada kerana aku tidak menangis seraung hati. Aku tertanya-tanya didalam hati kecik ini, bila la perasaan sebak dada ini akan hilang. Semakin hari, semakin sakit rasa didalam dada kerana terpaksa menahan sebak itu. Ingin aku meraung tapi mulutku seperti terkunci..jeritan aku seperti diganti dengan tangisan penuh rasa kekecewaan.. Rasa kecewa yang tidak pernah ada penghujungnya.
Penat juga aku nak menangis, tapi itu yang termampu aku lakukan saat ini. Aku juga berharap agar Allah S.w.t. akan berikan hidayah dan petunjuk kepada Mak Tiriku. Semoga Allah bukakan mata hatinya, sebagai mana Allah mampu merubah segalanya.
Aku tahu, bahawasnya aku tidak mampu berbuat apa-apa. Dan aku juga tahu bukan masanya untuk aku mencari kesilapan orang lain ataupunmembiarkan satu pihak lain dipersalahkan, aku juga harap sikap yang suka tuding menuding tidak terjadi lagi. Aku juga bersalah, salah kerana aku biarkan ia terlalu lama terjadi. Malah aku tahu bukan mudah untuk mengubah
sesuatu yang telah menjadi rutin kehidupan manusia seperti mereka "BILA DALAM KESUSAHAN KTA CARI ORANG UNTUK MENOLONG, TAPI BILA SENANG KITA LUPA KEPADA ORANG YANG TELAH MENOLONG KITA DIWAKTU SUSAH". Tapi apa yang telah aku pelajari sedikit dari rasa terduka ini..
"Semakin kita merasa banyan mengasihi dan berbuat baik. semakin banyak kekecewaan akan di raskan. apatah lagi yang kita hulurkan tidak dihargai dan dikenang budi.. Maka kunci tidak banyak dari rasa kecewa..apapun yan dilakukan, biarlah Dia yang menentukan dan menghukumnya..kerna kita hanya boleh bersikap Ikhlas dan tabah menghadapi dugaan Illahi..
Semoga duka aku hari n akan terubat, dah setiap persoalan akan terjawab. Dan semoga apa yang terjadi tersembunyi seribu hikmah yang kita sendri tidak pernah menyedarinya..
Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana.
Hukum Dunia sedikit tapi HukumAkhirat...subahannaallah... Hanya Dia yang mengetahuinya..Biarpun aku tidak pandai mengaji Al-quran, tapi ak masih tahu membaca ayat RUMI disebalik ayat JAWI.. Aku tahu Azabnya..dan semoga apa yang aku tahu masih boleh membantu aku yg buta membaca Al-Quran.
Amin..