24 Disember 2012

Jangan Buta Mata Hati ....

Bismillahirohmannirohimm...
Banyak kenangan yang mampu kita lupakan dan ada juga kenangan yang tidak mampu kita buang begitu sahaja. Kadang-kadang kenangan manis boleh membuatkan kita ketawa mahupun menangis..dan kadang-kadang kenangan pahit juga akan membuatkan kita kecewa, gembira mahupun duka. Kenang-kenangan manis dan pahit jugalah yanng telah mengajar kita erti kehidupan dan menimba pengalaman.
Aku rasa ada diantara kita semua, pernah berkata didalam hati sendiri "Alangkah senangnya jika semua kenangan pahit itu dapat kita padam dan buang tanpa meninggalkan kesan didalam kehidupan kita".

Entry akukali  ini adalah satu keluah hatiku. Ada rintihan yang tidak termampu aku luahkan dan ada rintihan yang tidak mampu difahami oleh mereka yang berada disekeliling aku. Dan ada yang telah tahu tetapi seakan MATA HAti mereka sengaja ditutup untuk mengerti.



Hari semalam ia telah mengajar aku agar lebih banyak menilai akan kebaikan dan keburukan diriku sendiri. Aku telah pelajari lebih dari satu perbuatan yang berlaku berulang-ulang kali, aku lihat ia terjadi dengan mata kasarku tapi mata halusku menjadi sakit dari dalaman. Terkadang aku bertanya sendiri..adakah aku telah mengajar hatiku untuk menjadi KERAS & HITAM, oleh mereka yang menciptakan sengketa.. Ataupun hatiku sememangnya telah menjadi keras oleh peredaran waktu yang telah membuatkan hati ini sudah jenuh menjanah kedukaan. Adakah hatiku benar-benar lelah untuk melayani semua yang terjadi..?
Ataupun hati aku masih lagi belajar untuk membiarkan mereka bersikap begitu..???
Ataupun yang sebenar-benarnya ia sudah mula keras dek sikap mereka yang sering "mendera" hatiku dari mula persengketaan terjadi hingga sekarang...!!!!!
Dengan apa yang telah aku pelajari dari hari semalam, Adakah aku harus belajar merelainya.?
Dengan apa yang telah mereka katakan, Adakah aku harus memberikan kata kemaafan.? mungkin sikap mereka yang telah membuatkan hati aku menjadi sebegitu....SIKAP>>!!!!



Setelah bertahun terjadinya satu kisah yang menaibkan diri mereka, seharusnya mereka mengambil iktibar, namun didalam hati mereka penuh dengan sikap Angkuh dan Ego yang telah  membutakan mata hati mereka. Kerana sikap TAMAK manusia mudah lupa kepada asal usul, sanggup membunuh sesama sendiri, sanggup hilang saudara asalkan mereka tidak harus berkongsi harta. Dan yang lebih menyedihkan mereka ini beranggapkan duit mereka boleh beli HARTA disana..( Syurga & Neraka ).


Mereka juga telah menjadi Buta hati, Mereka yang telah buta mata hatinya sukar untuk mendapat hidayah Allah Ta'ala, kerana Mata hati yang buta itu jugalah akan membuatkan mata nafsu mereka menjadi celik. Mata nafsu tertutup untuk melihat rezek yang halal, malah mereka juga telah berangapakan apa jua perbuaan mereka dalam mencari dan membelanjakan rezeki mereka itu satu kemulian ..mereka juga tidak kisah jikalau kepuasan dalam membutakan mata hati mereka itu lebih keredhaan hati sendiri dari orang lain..
Ketika itu, mereka semakin jauh daripada Allah Ta'ala..pada mereka apa juga yang mereka laukan adalah betul dan di jalan yang benar.


Mereka memang bijak dalam hukum dunia dan undang-undang dunia ciptaan manusia, namun sebenarnya mereka masih buta dalam hukum dan undang Akhirat kelak. Mereka juga anggap satu saat kelak mereka hanya bermohon kemaafan dengan orang yang telah meraka zalimi, lalu memohon kemaafan..dan aku juga akan berkata sesuatu berulangkali,:- " Dengan apa yang telah mereka katakan, Adakah aku harus memberikan kata kemaafan ?". Semakin sukar untuk aku berkata memaafkan, namun aku juga harapakan agar ia masih ada kemaafan buat mereka. 

Aku tahu, setiap insan yang melakukan kesilapan haruslah diberikan kemaafan, Aku juga telah dan pernah membuatkan pelbagai kesilapan...namun siapalah aku untuk yang menghukum dan mendoakan yang sesuatu buruk terjadi, Aku juga sedarbahawa aku bukan dilahirkan dari golong Para Nabi yang sering memberikan KEMAAFAN & MENERIMA setiap kesilapan yang mereka lakukan...tetapi aku hanya seorang Manusia biasa yang tidak sempurna amalan ahkiratnya ataupun kukuh solat 5 waktu sehari semalam, tapi apa aku yang tahu...telah termaktub di dalam Al-Quran, jika Allah berkehendakkan ia akan terjadi, maka pasti ia akan terjadi. Jika Allah belum berkehendakkan ia terjadi, maka ia belum terjadi.

Aku tidak mengharapkan kesempurnaan..tetapi aku hanya mengharapkan sedekit pengertian dalam setiap apa yang telah mereka lakukan. Kehidupan kita  ini bukanlah menongkat langit semata-mata. kita juga tidak akan hidup seribu tahun lamanya. kita juga telah diberikan akal dan fikiran dalam memilih dan memberikan seribu pengertian dan jawapa tentang duniawi.  Jangan jadikan diri kita terlalu angkuh dan jahil..bairpun aku bukan pandai mengaji, namun aku masih belum buta untuk membaca isian al-Quran dalam terjemaahnya..
Sesungguhnya...aku takut, aku rasa sekerdil-kerdilnya aku kepada penciptaku sendiri. aku menangis, bila aku terbayang akan seksaan azab api neraka yang sering dimainkan di televisyen. Aku cuba membetulakan dahulu diriku sendiri, walaupun aku masih lagi mencari jawpan dalam setiap persoalan aku.

Masih aku bermohon agar jangan dihitamkan hati ini dalam mencari keredhaan Illahi. 
Agar aku dberikan kekuatan dan ketabahna dalam menerima UjianNya kelak. aku tahu setiap ujian itu adalah tanda Dia masih lagi menyayangi aku dalam menerima Wahyu Illahi.
Aku harap agar Allah Ta'ala..dapat memberikan wahyu kepada agar aku tabah, cekal, rehda dan pasrah dalam menerima ujianNya.


P/S :-


Ya Allah, 
Jangan kau butakan mata hatiku ini seperti mereka yang membutakan mata hati mereka.
Ya Allah,
Jangan kau pesongkan hati aku seperti mereka telah memesongkan hati mereka sendiri.
Ya Allah,
Ingatkanlah aku agar aku tidak mudah lupa kepadaMu...

Amin..Ya Rabaallamin..