Bismillah....
Bagaimana haruskita melupakan satu cerita yang sebenarnya amat sukar untuk kita lupakan..
Adakah kita sama seperti mereka yang inginkan satu kepastian. Ataupun hati kita masih belum bersedia untuk menerima..
Ini satu kisah yang terkadang sukar untuk mereka fahami.. Satu kisah sedih yang tidak pernah ada penghujung jalan ceritanya. Terkadang ia menjadikan aku seorang yang tabah, namun terkadang ia menjadikan kau seorang penangis paling setia dalam setiap jalan ceritanya... dan sentiasa hati ini aku jaga agar ia tidak terluk
Sesungguhnya hati ini masih lagi kesamaran. Satu Amarah didalam hati aku yang tidak pernah surut bila jalan cerita itu diungkitkan..
Semua orang ada cerita gembira dan sedih, namun aku tidak pernah lekang dari cerita yang pilu. Bila hadirnya cerita gembira pasti akan datang cerita sedih yang akan memakan hatiku berhari-hari. Kesedihan hatiku ini semakin hari memakan jiwaku. Kepada siapa harus aku luahkan...Dan kepada siapa yang akan mengerti betapa dertianya hati aku saat ini..
Entah dimanakah silapnya sehingga ke hari ini aku masih berada dalam seribu satu persoalan yang inginkan jawapan yang sejujurnya, namun aku tahu ada diantara kita paling sukar untuk berkata jujur.. Dan ada diantara kita juga masih belum bersedia untuk berkata jujur. Tapi sampai bila aku akan perolehi jawapan dalam setiap persoalan aku itu. Mungkin kerana aku lelah untuk menunggu jawapan hati aku menjadi Amarah..dan akhirnya aku menangis. dan hanya tisu menjadikan teman setia aku paling rapat waktu ini.
Jika aku dapat menghidupakan jasad mereka yang telah tiada, pasti aku akan dapat jawapan dalam setiap persoalan aku itu...tetapi aku tahu ia adalah satu kemungkinan yang tidak akan terjadi.
Sakitnya hati ini..lebih sakit buat mereka yang telah tiada.Laranya dihatiku ini kerna aku terpaksa meneruskan diri dengan diamku..Jika aku bersuara pastinya setiap kataku akan menjadi satu isu yang paling besar dan tidak boleh diterima pakai..apalah dayaku diamku ini membuatkan aku meruntun jiwa dengan sendiri. dan jika aku bersuara pasti hubungan yang sedia ada akan menjadi rengang dan berentakkan... akhirnya ia kan menjadi buah mulut buat mereka yang telah berkata BENAR akan kejadian itu...Ah... aku tidak mahu ia dikatakan BENAR..kerna aku tahu masih ada Sekelumit Kebaikan dalam hati mereka itu..
Biarpun aku amat lelah untuk menunggu dalam setiap jawapan aku itu tapi..jika Tuhan memberikan Seribu kepahitan, pasti Tuhan akan memberikan Sejuta Kemanisan..
Hati aku kian hitam dek cerita dan duka..kedukaan dihati aku terkadang membuatkan aku menjadi seorang penyepi dari dunia luar... Aku layankan hati dengan tangisan walaupun aku tahu ia kan memakan hati kerdilku ini. Salah siapakah jika hatiku terluka..!!!
Akhirnya aku salahkan jua diriku..kerana hati ini milik aku...jika mereka tidak pernah dan mahu untuk mengerti, maka aku sendiri terpaksa menjaganya dan merawati dari luka menjadi parah dan bernanah.
Akhirnya aku salahkan jua diriku..kerana hati ini milik aku...jika mereka tidak pernah dan mahu untuk mengerti, maka aku sendiri terpaksa menjaganya dan merawati dari luka menjadi parah dan bernanah.
Wahai sang hati kerdilku ini,
ketahuilah sesungguhnya Hatiku ini sedang menangis.. Setiap cerita yang tersimpan didalammu akan menjadikan ia sebahagiaan darimu.. (hati) . Jika kau tahu semua cerita dan kau mampu bersuara pasti kau akan bercerita kepada mereka, betapa deritanya kau dan aku...seperti kata perpatah
ketahuilah sesungguhnya Hatiku ini sedang menangis.. Setiap cerita yang tersimpan didalammu akan menjadikan ia sebahagiaan darimu.. (hati) . Jika kau tahu semua cerita dan kau mampu bersuara pasti kau akan bercerita kepada mereka, betapa deritanya kau dan aku...seperti kata perpatah
" Berat mata yang memandang, berat lagi bahuku yang memikulnya.."
Semoga satu saat kelaka akan aku temui jawapan dalam setiap persoalan aku ini.Dan akan ada juga pengakhir jalan cerita ini..biarlh satu kisah yang sedih berakir dengan cerita yang gembira..yang boleh aku semat didalm HATIKU...
p/s :
Seketul
daging. Terisi di dalamnya dengan seribu perasaan yang kadang-kadang sukar
untuk diertikan. Manusia.. Ramai yang lemah kerananya. Memilikinya tanpa sedar
akan pengaruhnya. Kenapa ramai yang suka menjadi hambanya? Menurut segala
kemahuannya tanpa bertanya pada akal yang lebih sempurna.
Hati.
Segalanya bermula di situ. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang
penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati
yang sentiasa inginkan kepuasan. Cantik dan buruknya perilaku seseorang
bergantung pada ketulusan hatinya.
Kerana
hati, ramai yang tersungkur, rebah menjadi hamba duniawi. Apabila diri
dipuji-puji, hati kembang tidak terperi. Mencipta keangkuhan dalam hati dan
merasakan akulah yang terhebat di muka bumi ini. Melayarkan sayap kesombongan
sehingga terlupa untuk berpijak di bumi.
..Mencari 1000 Hilangnya 1..
___________________________________________________________