15 Disember 2012

Doa Buat Semua...












Wahai Allah Yang Maha Pengasih
Sejahterakanlah Untuk Ku...Ya Allah….,


Semoga Aku Sihat Dan Bahagia
Semoga Aku Bebas Dari Kemarahan & KebencianSemoga Aku Bebas Daripada Kemiskinan Jiwa & RagaSemoga Aku Bebas Daripada Penderitaan Jasmani & RohaniSemoga Aku Dapat Mempertahankan Kebahagian Sendiri

Wahai Allah.....Yang Maha MembukaAjarlah Kami Yang Lemah Untuk Melihat Jalan Keluar Dari Semua Masalah,Bukalah Hijab Kami Yang Tak Mampu Melihat Kebaikkan Pada Peristiwa,Jangan Tutup Untuk Kami Pintu Kebaikkan Yang Selayaknya Kami Dapat,
Sekiranya Engkau Mengkehendaki Sesuatu Tertutup,


Betapa Apa Pun Segala Kekuatan Bersatu Untuk Membukannya


Pasti Tidak Ada Yang Akan Membukanya Kecuali Dengan Kekuasaan Mu Ya Allah…
Kami Berdiri Di Gerbangmu Mengetuk Pintu Mu Bertalu-Talu…

Ya Fattah.....Ya Fattah.....Ya Fattah
Buka Pintu Hijab Kami Ya Fattah
Kami Berharap Redha & Kasihmu
Kami Mengharapkan Dibukan Pintu Rahmatmu Seluas-Luasnya
Maka Kami Menzikirkan Asmamu 
Bukalah Segala Kebaikkan Untuk Kami


Dengan Namamu Ya Allah,

Al Fattah Wahai Zat Yang Maha Pembuka

Kami Berharap Terbukalah Semua Pintu Barokah


Ya Rahman Ya Tuhanku
Meskipun Aku Belum Sempat Mengucapkan
Kesyukuran Atas Segala Nikmatmu Untukku
Aku Redha Aku Ikhlas
Dan Aku Pasrah.. Ya Allah…
Ya Allah,

Kini Aku Mengetuk Lagi Pintu RumahMu,Menyampaikan 
Hasrat & Hajat Ku & Lagi & Lagi
Aku Memohon Agar Engkau, Ya Allah….
Tetap Sudi Mendengarnya Kerana Sesungguhnya
Kaulah Yang Maha Mendengar...

Ya Wahab...
Kau Peruntukkan Kecukupan Untukku & Saudara-Saudaraku
Ya Ghaniy ... Yang Maha Kaya & Lengkap..
Kau Kurniakanlah Ke Dalam Hati-Hati Kami Akan Nur Muhammad,

Kekasihmu Agar Kelak Cahaya Ini Menjadi Pelita Untuk Kami Menuju Nur-Mu..


Ya Razzaq Yang Maha Pemberi Rezeki,
Kau Limpahkan Rezekimu Yang Barakah Buatku & Saudara-Saudaraku,Agar Kami Dapat Meneruskan Sedekah Amal Jariah Terhadap Mereka Yang Memerlukan,
Agar Kami Dapat Limpahkan Kurnia Kekayaan Zahir & Batin Yang Kau Amanahkan

Kepada Kami..
Agar Kami Dijauhi Dari Kefakiran & Kemiskinan
Yang Boleh Membawa Kami Kepada Kekufuran

Agar Kami Dapat Meneruskan Hidup Kami Dalam Kelapangan & KESENANGAN YANG Membawakan Jiwa Kami Kepada Kemakmuran
Lalu Kami Berjaya Menguasai Diri Untuk Berjaya Sebagai Hambamu Dunia & Akhirat

Ya Rashid Yang Memimpin Kepada Kebenaran,Jika Ada Antara Kami Ini Jauh DariMu, Mohon Ya Allah Dekatkanlah Kami Kembali Serta Bangkitkanlah Semula Rindu Asmara Kami Terhadapmu..Sesungguhnya Kau Maha DekatKau Hampir Pada Setiap Dari Kami, Sesungguhnya Kami Ini Sering Lalai, Ya AllahDekatkanlah Kami Pada Mu, Ya Allah..

Mohon Kau Celikkan Hati Dan Nurani Kami Dengan Ilmu Yang Bermanafaat
Ringankan Usaha Dan Iktiar Kami, Limpahkan Kami Cahaya Ilmu,.. Ya Allah
Aku Yang Masih Fakir Ya Allah Ampunkan Aku Ya AllahYa Allah, Lapanglah Dada Kami Serta Lupakanlah Pada Sengsara Kami,Selamatkanlah Keluarga Kami Serta Berilah Penyeri Dalam Ikatan Pertalian Yang Dibina Oleh Kami...

Ya Allah,
 Selamatkan Perjalananku Dan Seluruh Umat Muhamad Mu,
Selamatkanlah Kami Ketika Kami Melaksanakan Tugasan Hidup KamiPada Setiap Hari-Hari KamiAnugerahkan Kami Kekayaan Kemakmuran Dan Kuasa Yang Mencukupi Dalam Bentuk Masa Kekuatan Dan Harta..Agar Bebanan Yang Terpikul Ini Menjadi Ringan Dan Mudah,Agar Segala Janji Ditunaikan Dan Segala Ibadat Mendapat Redhamu, Ya Allah..

Ya Allah,..
 Sekiranya Ada Yang Tertinggal Kata-Kata Dalam Doa Ku Ini
Kau Tahu Apa Terkandung Di Dalam Isihati Aku Ini Jua..Ampunkan Segala Dosa-Dosa Besar Dan Kecil Ku Terhadap Mu, Ya Allah..Dan Kepada Kedua Ibu Bapa Aku,, Anak-Anak, Saudara-Saudara, Sahabat Handai Dan Semua Yang Mengenali Aku Serta Seluruh Umat Muhamad Sama Ada Yang Masih Hidup Atau Telah Kembali Ke Rahmatullah. Ampunkan Aku Ya Allah Kerana Terlalu Banyak Yang Aku Meminta-Minta Kerana Sesungguhnya Pergantungan Ku Ibadatku Solat Ku Hidup Dan Mati Ku Hanya Pada Mu Ya Allah....

Jika Doa Hamba Mu Ini Tak Perkenan Pada Mu Ya Allah, Aku Tetap Redha Dan Aku Akan Terus Memohon Padamu Ya Allah....
"Ya Allah, Tolonglah Aku Dalam Menjalankan Agama Yang Merupakan Pelindung Segala Urusanku.Elokkanlah Urusan Duniaku Yang Merupakan Tempat Aku Mencari Kehidupan.Elokkanlah Urusan Akhiratku Yang Merupakan Tempat Aku Kembali.
Jadikanlah Kehidupanku Ini Sebagai Tambahan Segala Kebaikan Bagiku Dan Jadikanlah Kematianku Sebagai Ketenangan Bagiku Dari Segala Kejahatan."

Hamba Yang mengharapkan Petunjuk Ke Arah Kebaikan Dalam Setiap Perjalananku dan juga Urusanku..
Amin Ya Robaallamin..