namun jika kehilangan itu membuatkan kita sentias menangis..tangislah sepuas hati dahulu.
Jika kita kehilangan cinta..ia mungkin akan hadir seseorang yang lebih baik dari dia yang kita kehilangan..
tetapi jika jika kehilangan kasih & sayang janganlah kita letakkan seribu kedukaan didalam hati, biarkan kedukaan itu memberikan kita pengertian dalam menempuh kehidupan ini. Mencari kasih & sayang bukan satu kesalahan, namun untuk mendapatkan kasih & sayang.. kadang-kadang sering disalah ertikan dan ia amat sukar dapati....dengan keikhlasan & kejujuran dalam segala hal. Dan janganlah kita mudah lupa kepada orang sekeliling dalam mengejar kasih & sayang yang kita impikan.
Sememangnya kasih dan sayang sukar dicari, sukar untuk kita fahami. Namun dengan keyakinan dan juga kesungguhan dalam mengikhlaskan apa yang kita perolehi, insyallah Tuhan pasti memberikan sesuatu yang hilang dengan seribu kehadiran dan pertemuan..
dan kita harus jadikan kehilangan sebagai kekuatan dan bukan kelemahan walaupun terkadang kita menangis seraung didalam hati. Ada yang masih tidak tahu dan masih ada yang belom bertemu.
Tuhan, sentiasa memberikan kita ujian dalam setiap kehidupan kita.. Jika kita diberi ujian janganlah kita merasa lemah dan mengalah, jadikanlah ujian itu sebagai kekuatan.. dan diwaktu diuji oleh ujian Allah S.w.t, Syaitan akan sentiasa menghasut kita agar mendengar kata-kata mereka..so..tetapkan hati kuatkan iman. Semoga kita tidak mudah HILANG dalam segala ujian Allah..
Jatuhnya kita menghadapi Ujian Allah bukan bererti kita akan jatuh sentiasa..
Aku juga diuji, dan ujan itu seringkali membuatkan aku menangis, namun aku tidak pernah salahkan Allah dengan mengujikan aku dengan ujian yan Dia berikan, namun aku juga masih belom mampu berkata bahwa ujian ini cukup setakat ini..kerna aku tahu...selagi aku bernyawa Ujian Allah kepada aku sentiasa ada.....
Amin