11 Jun 2014

Ketahuilah satu ketika kelak HALIM../..RANGGA

Hari semalam kau telah mengajar aku tentang sesuatu yang mungkin sudah lama aku lupakannya dek waktu yang telah sesilih ganti dan tahun, kau telah membuat aku sedari bahawa didalam semua kata-katamu adalah dusta semata-mata. Kata setia hingga keakhir hayat, bersama setia diwaktu susah dan senang sakit dan sehat bersama namun dengan mudah kau menyerahkan cintamu kasih sayangmu kepada insan lain. 5 tahun...aku dan kau tetapi hubungan kau dan dia baru menjangkau 2 bulan..

Aku tetap redha dan telah terima semua sikap dan kata-kata makianmu sebagai kekuatan untuk aku teruskan hidup ini, yea semua yang terjadi sekarang adalah kerana kau yang ciptakannya bukan aku..aku hanya mengikuti apa yang telah kau lakukan. Sakit yang kau terima dariku saat ini adalah sedikit sahaja dari rasa sakit dihati aku dan ibuku. Bukan niatku membalasi apa yang kau lakukan terhadapku, cukuplah aku yang kau sakiti bukan ibuku.. dustamu terlalu banyak HALIM../RANGGA, kebencian aku ini tidak seperti kau membenci aku saat ini, namun satu sahaja yang aku pinta. kau renungi jauh-jauh. Disaat kau cuba menyemai kasih bersamanya kau telah mendustai dia jua. kejujuran dan kesetian, kasih sayang, rasa cntamu sebenarnya bukanlah yang sesungguhnya..semuanya dusta.

 Sememangnya aku sakit terluka kerana sikap dan kata-kata hinamu namun kau harus tahu, hidup ini ada pasang dan surutnya. Jika satu saat kau mendapat balasannya, itu adalah hukuman Allah SWT, bukan aku. Tidak aku doakan kau sebaliknya tapi Allah mengetahui setiap perbuatan baik dan buruk umatnya.

Dan jika kau sudah tidak mahu menerima aku semula seperti dahulu, ya..aku jua seperti dirimu... Hati ini terlalu sakit. Luka dihati ini masih lagi berdarah. Perbuatanmu sebenarnya sukar dimaafi, namun atas rasa kemanusiaan aku maafi walaupun tidaklah 100%....kerna aku bukan NABI yang sentiasa mengampuni kesalahan umatNya. Aku hanyalah seorang hamba yang kerdil dan masih lagi mencari jalannya. semua telah aku serahkan selama ini. Aku tidak tahu adakah kau masih menyedarinya. Hakikatnya kini kau sendiri disana. Jika sesaat kau lupakan kenangan hidup bersama selama 5 tahun itu, aku tidak memaksa untuk kau ingatinya.. bagi  diriku bukan mudah untuk melupakan semua kenangan bersama dalam sekelip mata, ya..mungkin mudah bagi kau kerana kau telah menciptakan kebencian yang keterlaluan. Kau letakkan kesilapan yan kau lakukan kepadaku. Disaat kau yang berlaku curang, aku pula kau hukumi dengan kata-kata hinaan. Kau letakkan kesilapan yang kau lakukan terhadap aku, kau berkata aku yang telah berubah dan kau letakkan kesilapan itu dibahuku..diwaktu ujiaan Allah menguji kesetiaan didalam hubungan kita.

Kata kau dahulu, kau terlalu setia terhadap cinta yang kau berikan, kau kata mereka yang telah meninggalkan kau. Mereka yang tidak mengerti akan dirimu..tetapi aku, dalam 5 tahun menghambakan diri..segalanya aku lakukan padamu, sehingga satu saat aku lelah untuk mengerti dan memahamimu. Sikapmu yang tidak pernah mahu berubah, malah semakin hari semakin hanyut dalam dunia itu. Terkadang didalam fikiranku..dimanakah akhirnya kehidupan yang sedang kau lalui itu. Terlalu banyak sandirwara darimu dan sehingga aku terfikir sampai bila kau harus hidup didalam dunia pembohongan itu. Mereka mungkin tidak mengetahuinya kerana mereka bukan bersama-samamu dan..ya aku..didalam setiap detik, saat, waktu dan ketikanya,kau berdusta. Dustamu dari sebelum kita berkawan sehinggalah kini..dan sampai bila kau harus berdusta. Aku harap satu ketika kau akan sedari bahwa hidup didalam pembohongan tidak akan pernah kemana-mana.

Setelah apa yang kau lakukan terhadapku saat ini sebenarnya sakit untuk aku terima namun, satu sahaja yang aku ingin sekali kau dan dia tahu..membina kebahagiaan diatas penderitaan insan lain sebenarnya akan membuatkan hubungan kalian tidak lama. Untuk membina perhubungan haruslah ada KEJUJURAN, KEIKHLASAN, KESETIAAN dan juga yang paling UTAMA..hati tidak mudah goyah dengan ujian yang mendatang, di situ jugalah kita kan diuji sama ada kata-kata dan perbuatan akan sama sewaktu mula-mula kita jalinkan hubungan. Jika kau temui perempuan yang betul-betul memahami dunia mayamu itu pergilah. Saat diuji, Allah memberikan ujian sama dengan ketabahan umatnya, keimanan umatnya, dan kecekalan hati umatnya. 
hari ini disini, aku berpijak dibumi ini, sakitnya aku hadapi dengan penuh kesedaran fikiraku. 
 


Sakit hatiku padamu
Melebihi dari cintaku untukmu
Tak terfikirkan olehku
Apa yang kau lakukan di belakang ku

Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
Cukup sudah cintaku telah mati untukmu
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku
Sekarang aku sedari
Kau sudah curangi cintaku ini
Menyesal ku mengenalmu
Ternyata kau hanya permainkan cintaku
Pergi saja jauh jangan kau kembali
Ku tak mahu lagi denganmu
Cintaku telah mati kerna kau sakiti
Pergi kau jauh dariku
Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
Cukup sudah cintaku telah mati untukmu
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku
(Cukup sudah cinta kita sampai di sini)
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
(Cukup sudah cintaku telah mati untukmu)
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku


"Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepasluan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlenah-lengah, besuka-suka dan malas. setiap rayuan adalah batil dan palsu belaka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan