27 Disember 2012

Pengalaman..mengajar...kita..KETABAHAN & KECEKALAN..

Assalammuailaikum,


Aku ( MELAKA )
Seribu pengalaman menempuhi semua rasa kedukaan, kepahitan dan kepayahan dalam kehidupan ini..pasti terkadang membuatkan kita berkeluh kesah seperti mahu hilangkan semua rasa. Kepertian itu kadangkala melemahkan kaki untuk melangkah dan terkadang ia membuatkan kita sedari akan sesuatu yang mungkin belum diberikan kepada kita. Dan keperitan itu juga boleh membuatkan kita semakin kuat menempuhi hari mendatang.

Langkah kaki tidak pernah salah, yang salah adalah kita yang memilih arah mana yan ingin kita tujui..
Dan pilihan sememangnya ditangan kita, dan hati kita terkadang-kadang pandai memilih namun terkadang-kadang.. hati kita salah memilih juga. Kenapa..? Mengapa..? Adakah...? Atau ada sebabnya...

Semua jawapan ada pada diri kita sendiri. Sama ada ingin meneruskan perjalanan dalam memilih kehidupan ini ataupun membiarkan ia musnah tanpa diberikan jawapan dalam pengalaman tersebut.

Aku memilih untuk merasai semua pengalaman yang aku pilih, walaupun aku tahu semua pengalaman itu akan memberikan seribu kesan kepada aku di kemudian hari..dan aku tahu mungkin ada yang boleh menerimanya..dan ada yang tidak boleh menerimanya. Mungkin satu ketika aku akan diherdik, dihina, dipandang serong..tetapi aku ada pengalaman biarpun ia akan dan telah memberi kesan dalam kehidupan aku kelak..dan ia sedikit sebanyak telah mengajar aku tentang kehidupan.

Kata orang tua dahulu, tak salah mencari dan menimba pengalaman...tapi biarlah perkara yang baik-baik sahaja..tetapi aku memilih pengalaman yang buruk untuk aku jadikan yang baik..kerana..aku tidak mahu dikatakan memperlajari sesuatu yang baik-baik sahaja..lalu menjadikan diri aku seorang yang mulia tetapi HIPOKRIT di mata orang lain.. Dan aku tidak kisah jika ada dikalang mereka yang memanggil aku dengan panggilan itu kerana manusia ini ..rambut aja yang sama hitam tapi hati dalaman mereka lain sifatnya. Aku tahu mereka telah pun memanggil aku HIPOKRIT..biarlah.....asalkan mereka GUMBIRA....
( not GEMBIRA )...

Memang benar pengalaman yang kita salah pilih akan membuatkan ORANG-ORANG sekeliling kita sering meletakkan HUKUMAN, tanpa rasa simpati ataupun memberikan peluang untuk menjadi yang baik, ataupun menerangkan sesuatu yan mereka tidak tahu tetapi terus melatakkan hukum.. Bagi mereka orang yang salah memilih tidak layak diberikan keistimewaan dan juga hidup berbahagia, dan sebaliknya mereka harus disisihkan.. Aku tidak kata yang aku betul dan baik di dalam semua hal..tetapi kadang-kadang aku juga benci kepada sikap mereka itu. Memandang aku ataupun sesiapa yang telah salah memilih dalam kehidupan ataupun tersalah jalan pasti mereka sebelah mata..seolah-olah mereka itu lebih sempurna dan baik di dalam kehidupan mereka tanpa ada cacat cela dalam kehidupan mereka. kadankala semak juga fikiran aku bla terfikirkan sikap mereka tetapi aku masih bersikap biasa.

Haruskan aku berbuat kebaikan untuk menunjuk-nunjuk lalu mendapat pujian..??
Haruskah aku berbuat kebaikan untuk mendapat kawan yang ramai, yang hanya sokong pada kebaikan lalu kutuk kepada keburukan..??
Ataupun aku buat sahaja kebaikan tetapi diamkan sahaja..??
Ataupun aku lebih diamkan buat baik kurangkan berkawan, yang hanya memilih kebaikan dari keburukan..?

Aku tetap teruskan kehidupan aku seperti biasa. Lakukan kehidupan seperti dahulu walaupun ada diantara kehidupan itu telah aku "STOP"  dari melakukannya..mungkin sebab waktu sudah tiba untuk aku "STOP", ia bukan bermakna aku sudah menjadi seorang yang baik, tapi mungkin benar kata Arwah Babahku dahulu.." jika kita sudah penat kita sepatutnya berhenti ".

Aku berhenti di situ, lalu aku cari pengalaman lain untuk aku tempuhi lagi kehidupan ini. Apa yang aku tahu selagi kita bernyawa dan masih mampu melakukan apa jua..teruskan mengejar dan mencari pengalaman untuk kita tahu erti KEPAYAHAN, KEPERITAN, KEPAHITAN dan juga KESAKITAN. Barulah selepas itu dalam kita menempuhinya...akan hadir sedikit demi sedikit, dari KEPAYAHAN itu akan datangnya KESENANGAN, dari KEPERITAN itu akan datangnya jugalah KESELESAAN, dari KEPAHITAN itu akan datangnya juga sesuatu KEMANISAN yang belum kita rasai nikmatnya.. Dan dari KESAKITAN dalam menempuhi ranjau kehidupan ini pasti akan datangnya jugalah satu KEBAIKKAN..yang lebih baik dari dahulunya..
Lakukanlah ia sebaik dan semahunya hati kita inginkan tetapi AWAS.. jangan jadikan ia tandus tanpa arah tujuan. Tetapkan jiwa agar kita masih tahu arah pulang ke tempat asal  usul kita..

DAN INGAT SESUATU SEBELUM KITA TERLUPA DALAM MENGEJAR PENGALAMAN ITU..
Masa juga sememangnya tidak pernah menunggu kita, carilah pengalaman selagi boleh dan janganlah berhenti selagi kita masih mahu mencari pengalaman itu. Waktu memang tidak dapat kita putarkan kembali ke waktu dahulu, tetapi kita mampu memperbetulkan dimanakah kita melakukan kseilapan itu. Belajarlah dari kesilapan dan bukan melakukan kesilapan yang berulangkali. Dan ingatlah..walaupun kita cuba untuk tidak melakukan kesilapan ia akan tetap datang, sekiranya ia terjadi  dan hadir kepada kita janganlah kita berputus asa ataupun sebaliknya.. Jika kita nak menangis sekalipun, nangislah sepuas hati, jeritlah sekuat suara.. Laungkan keluh resah kita tetapi apa yang pasti ia hadir bukan untuk melemahkan kita..itulah dimanakah UJIAN DALAM KEHIDUPAN...

P/S :-

PENCARIAN DALAM PENGALAMAN AKU MASIH BELUM TERHENTI disini..IA AKAN MENGAJAR AKU LEBIH LAGI TENTANG KEHIDUPAN.. SATU RAGAM MANUSIA, KEHIDUPAN MEREKA DAN JUGA SEGALANYA TENTANG KEHIDUPAN..BIARPUN AKU LETIH NAMUN ITULAH HAKIKAT DALAM KEHIDUPAN KITA YANG SEBENARNYA..NAMUN TIDAK SEMUA MAHU MENGAKUINYA KERANA DALAM DIRI KITA MASIH ADA KEEGOAN YANG TERSENDIRI. TAK SALAH UNTUK MENGAKUI SESUATAU DARIPADA MEREKA MENGETAHUI KEMUDIAN BERKATA SENDIRI..ITU LEBIH SAKIT HATI...

26 Disember 2012

Kanye West – Love Lockdown





I’m not loving you, the way I wanted to
What I had to do, had to run from you
I’m in love with you but the vibe is wrong
And that haunted me, all the way home
So you never know, never never know,
Never know enough, ’til it’s over love
’Til we lose control, system overload
Screamin’ "No! No! No! N-No!"
I’m not loving you, the way I wanted to
See I wanna move, but can’t escape from you
So I keep it low, keep a secret code
So everybody else don’t have to know




[Chorus:]
So keep your love locked down
Your love locked down
Keepin’ your love locked down
Your love locked down
Now keep your love locked down
Your love locked down
Now keep your love locked down
You lose



[Verse:]
I’m not lovin’ you the way I wanted to
I can’t keep my cool, so I keep it true
I got somethin to lose, so I gotta move
I can’t keep myself, and still keep you too
So I keep in mind, when I’m on my own
Somewhere far from home, in the danger zone
How many times did I tell ya fo it finally got through
You lose, you lose
I’m not lovin’ you, the way I wanted to
See I had to go, see I had to move
No more wastin’ time, you can’t wait for life
We’re just wastin’ time, where’s the finish line


[Chorus:]
So keep your love locked down
Your love locked down
Keepin’ your love locked down
Your love locked down
Now keep your love locked down
Your love locked down
Now keep your love locked down
You lose



[Verse:]
I’m not lovin you, the way I wanted to
I bet no one knew, I got no one new
I know I said I’m through, but got love for you
But I’m not lovin’ you, the way I wanted to
Gotta keep it goin’, keep the lovin’ goin’
Keep it on a roll, only God knows
If I be with you, baby I’m confused
You choose, you choose
I’m not lovin’ you, the way I wanted to
Where I wanna go, I don’t need you
I’ve been down this road, too many times before
I’m not lovin’ you, the way I wanted to



[Chorus:]
So keep your love locked down
Your love locked down
Keepin’ your love locked down
Your love locked down
Now keep your love locked down
Your love locked down
Now keep your love locked down
You lose, you lose
You lose, you lose
You lose

24 Disember 2012

Jangan Buta Mata Hati ....

Bismillahirohmannirohimm...
Banyak kenangan yang mampu kita lupakan dan ada juga kenangan yang tidak mampu kita buang begitu sahaja. Kadang-kadang kenangan manis boleh membuatkan kita ketawa mahupun menangis..dan kadang-kadang kenangan pahit juga akan membuatkan kita kecewa, gembira mahupun duka. Kenang-kenangan manis dan pahit jugalah yanng telah mengajar kita erti kehidupan dan menimba pengalaman.
Aku rasa ada diantara kita semua, pernah berkata didalam hati sendiri "Alangkah senangnya jika semua kenangan pahit itu dapat kita padam dan buang tanpa meninggalkan kesan didalam kehidupan kita".

Entry akukali  ini adalah satu keluah hatiku. Ada rintihan yang tidak termampu aku luahkan dan ada rintihan yang tidak mampu difahami oleh mereka yang berada disekeliling aku. Dan ada yang telah tahu tetapi seakan MATA HAti mereka sengaja ditutup untuk mengerti.



Hari semalam ia telah mengajar aku agar lebih banyak menilai akan kebaikan dan keburukan diriku sendiri. Aku telah pelajari lebih dari satu perbuatan yang berlaku berulang-ulang kali, aku lihat ia terjadi dengan mata kasarku tapi mata halusku menjadi sakit dari dalaman. Terkadang aku bertanya sendiri..adakah aku telah mengajar hatiku untuk menjadi KERAS & HITAM, oleh mereka yang menciptakan sengketa.. Ataupun hatiku sememangnya telah menjadi keras oleh peredaran waktu yang telah membuatkan hati ini sudah jenuh menjanah kedukaan. Adakah hatiku benar-benar lelah untuk melayani semua yang terjadi..?
Ataupun hati aku masih lagi belajar untuk membiarkan mereka bersikap begitu..???
Ataupun yang sebenar-benarnya ia sudah mula keras dek sikap mereka yang sering "mendera" hatiku dari mula persengketaan terjadi hingga sekarang...!!!!!
Dengan apa yang telah aku pelajari dari hari semalam, Adakah aku harus belajar merelainya.?
Dengan apa yang telah mereka katakan, Adakah aku harus memberikan kata kemaafan.? mungkin sikap mereka yang telah membuatkan hati aku menjadi sebegitu....SIKAP>>!!!!



Setelah bertahun terjadinya satu kisah yang menaibkan diri mereka, seharusnya mereka mengambil iktibar, namun didalam hati mereka penuh dengan sikap Angkuh dan Ego yang telah  membutakan mata hati mereka. Kerana sikap TAMAK manusia mudah lupa kepada asal usul, sanggup membunuh sesama sendiri, sanggup hilang saudara asalkan mereka tidak harus berkongsi harta. Dan yang lebih menyedihkan mereka ini beranggapkan duit mereka boleh beli HARTA disana..( Syurga & Neraka ).


Mereka juga telah menjadi Buta hati, Mereka yang telah buta mata hatinya sukar untuk mendapat hidayah Allah Ta'ala, kerana Mata hati yang buta itu jugalah akan membuatkan mata nafsu mereka menjadi celik. Mata nafsu tertutup untuk melihat rezek yang halal, malah mereka juga telah berangapakan apa jua perbuaan mereka dalam mencari dan membelanjakan rezeki mereka itu satu kemulian ..mereka juga tidak kisah jikalau kepuasan dalam membutakan mata hati mereka itu lebih keredhaan hati sendiri dari orang lain..
Ketika itu, mereka semakin jauh daripada Allah Ta'ala..pada mereka apa juga yang mereka laukan adalah betul dan di jalan yang benar.


Mereka memang bijak dalam hukum dunia dan undang-undang dunia ciptaan manusia, namun sebenarnya mereka masih buta dalam hukum dan undang Akhirat kelak. Mereka juga anggap satu saat kelak mereka hanya bermohon kemaafan dengan orang yang telah meraka zalimi, lalu memohon kemaafan..dan aku juga akan berkata sesuatu berulangkali,:- " Dengan apa yang telah mereka katakan, Adakah aku harus memberikan kata kemaafan ?". Semakin sukar untuk aku berkata memaafkan, namun aku juga harapakan agar ia masih ada kemaafan buat mereka. 

Aku tahu, setiap insan yang melakukan kesilapan haruslah diberikan kemaafan, Aku juga telah dan pernah membuatkan pelbagai kesilapan...namun siapalah aku untuk yang menghukum dan mendoakan yang sesuatu buruk terjadi, Aku juga sedarbahawa aku bukan dilahirkan dari golong Para Nabi yang sering memberikan KEMAAFAN & MENERIMA setiap kesilapan yang mereka lakukan...tetapi aku hanya seorang Manusia biasa yang tidak sempurna amalan ahkiratnya ataupun kukuh solat 5 waktu sehari semalam, tapi apa aku yang tahu...telah termaktub di dalam Al-Quran, jika Allah berkehendakkan ia akan terjadi, maka pasti ia akan terjadi. Jika Allah belum berkehendakkan ia terjadi, maka ia belum terjadi.

Aku tidak mengharapkan kesempurnaan..tetapi aku hanya mengharapkan sedekit pengertian dalam setiap apa yang telah mereka lakukan. Kehidupan kita  ini bukanlah menongkat langit semata-mata. kita juga tidak akan hidup seribu tahun lamanya. kita juga telah diberikan akal dan fikiran dalam memilih dan memberikan seribu pengertian dan jawapa tentang duniawi.  Jangan jadikan diri kita terlalu angkuh dan jahil..bairpun aku bukan pandai mengaji, namun aku masih belum buta untuk membaca isian al-Quran dalam terjemaahnya..
Sesungguhnya...aku takut, aku rasa sekerdil-kerdilnya aku kepada penciptaku sendiri. aku menangis, bila aku terbayang akan seksaan azab api neraka yang sering dimainkan di televisyen. Aku cuba membetulakan dahulu diriku sendiri, walaupun aku masih lagi mencari jawpan dalam setiap persoalan aku.

Masih aku bermohon agar jangan dihitamkan hati ini dalam mencari keredhaan Illahi. 
Agar aku dberikan kekuatan dan ketabahna dalam menerima UjianNya kelak. aku tahu setiap ujian itu adalah tanda Dia masih lagi menyayangi aku dalam menerima Wahyu Illahi.
Aku harap agar Allah Ta'ala..dapat memberikan wahyu kepada agar aku tabah, cekal, rehda dan pasrah dalam menerima ujianNya.


P/S :-


Ya Allah, 
Jangan kau butakan mata hatiku ini seperti mereka yang membutakan mata hati mereka.
Ya Allah,
Jangan kau pesongkan hati aku seperti mereka telah memesongkan hati mereka sendiri.
Ya Allah,
Ingatkanlah aku agar aku tidak mudah lupa kepadaMu...

Amin..Ya Rabaallamin..




21 Disember 2012

Pergi Tak Kembali................




Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang...kesana 
Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi

p/s :
Pergi tak kan kembali.....
Al-Fatihah buat Arwah Abahku Mohd Aini Bin Mansor..
Abah,
Kak Along rindukan saat keberadaan Abah dahulu. Dengan ketiadaan Abah sekarang semua menjadi lebih kacau bilau. Bukan Along menyalahkan apa yang telah Abah lakukan dahulu..tapi saat ini Along sedih dengan sikap Cik Ora yan semakin Tamak dan Rakus harta dunia...Subahanaallah..
Abah,
Along tahu kesilapan yang telah Abah lakukan dahulu tidak elok di ceritakan lagi namun, jauh dalam sudut hati Along ini.. Along sedih yang teramat sangat kerana duit kami di dunia ini berbalahan. Sifat TAMAK anak-anak Abah di sebelah Cik Ora..kian menjadi, dan semua telah jauh berada dalam simpang kehidupan kita dahulu..
Abah,
Along sentiasa mendoakan Agar Abah sejahtera disana.
Dan sentiasa mengharapkan Agar Alah mengampuni Kesilapan yang telah Abah lakukan terhadap Mak, Along, Abang, Alang dan Adik..
mungkin masih ada rasa marah dalam hati mereka dengan apa yang pernah abah lakukan tapi..insayaallah..Anak-anak Abah disini akan sentiasa mendoakan abah disana..
Alahamdulillah..kami masih mampu berdiri di kaki kami sendiri..
Masih belum meraih simpati orang..
Masih mampu mencar sesuap Nasi..dan kami masih belum mengetuk pintu rumah orang untuk meminjam secupak beras..
Malah..
Masih mampu memiliki apa yang tidak termampu Abah berikan kepada Kami dahulu..
Masih boleh tersenyum walaupun sakit didalam hati teramat pilu
Tenanglah Abah disana..satu saat kita pasti bertemu..
Al-Fatihah..
Amin Buat Arwah Abahku..







17 Disember 2012

Sebak...Sakit..Pilu..Kecewa..Sedih


Hari ini aku masih boleh senyum tertawa ketika dalam keperitan, ketabahan itu tidak akan dapat dibeli di mana-mana tapi ia di anugerahkan dengan tingkat kesabaran serta kepercayaan. Jangan mengeluh kesah dengan kisah ketika ini, Dia telah memberi apa yang aku termampu hadapi.

Onak dan duri kehidupan ini adalah satu laluan biasa bagi perjalanan kita. Calar dan luka telah menjadi satu koleksi didalam hati dan ia memberi aku pengalaman dan kesan kisah dlam kehidupan. Kadang-kadang jika di curah cuka di luka pasti akan menambahkan kepedihan diluka yang nampak pada dasar mata tapi jika dicurah cuka dalam lubuk hati yg terluka pasti..nyawa menjadi taruhan.


Ketika aku duduk sambil merenung jauh di jendela malam aku teringat semua kenang-kenangan dahulu, saat-saat gembira sewaktu bersama-sama keluarga aku. Aku tersenyum dan menghelakan rasa kerinduan yang terlalu dalam..tapi tanpa aku menyedari aku menangis. sakitnya dada kerana aku tidak menangis seraung hati. Aku tertanya-tanya didalam hati kecik ini, bila la perasaan sebak dada ini akan hilang. Semakin hari, semakin sakit rasa didalam dada kerana terpaksa menahan sebak itu. Ingin aku meraung tapi mulutku seperti terkunci..jeritan aku seperti diganti dengan tangisan penuh rasa kekecewaan.. Rasa kecewa yang tidak pernah ada penghujungnya.

Penat juga aku nak menangis, tapi itu yang termampu aku lakukan saat ini. Aku juga berharap agar Allah S.w.t. akan berikan hidayah dan petunjuk kepada Mak Tiriku. Semoga Allah bukakan mata hatinya, sebagai mana Allah mampu merubah segalanya.

Aku tahu, bahawasnya aku tidak mampu berbuat apa-apa. Dan aku juga tahu bukan masanya untuk aku mencari kesilapan orang lain ataupunmembiarkan satu pihak lain dipersalahkan, aku juga harap sikap yang suka tuding menuding tidak terjadi lagi. Aku juga bersalah, salah kerana aku biarkan ia terlalu lama terjadi. Malah aku tahu bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi rutin kehidupan manusia seperti mereka "BILA DALAM KESUSAHAN KTA CARI ORANG UNTUK MENOLONG, TAPI BILA SENANG KITA LUPA KEPADA ORANG YANG TELAH MENOLONG KITA DIWAKTU SUSAH". Tapi apa yang telah aku pelajari sedikit dari rasa terduka ini..

"Semakin kita merasa banyan mengasihi dan berbuat baik. semakin banyak kekecewaan akan di raskan. apatah lagi yang kita hulurkan tidak dihargai dan dikenang budi.. Maka kunci tidak banyak dari rasa kecewa..apapun yan dilakukan, biarlah Dia yang menentukan dan menghukumnya..kerna kita hanya boleh bersikap Ikhlas dan tabah menghadapi dugaan Illahi..

Semoga duka aku hari n akan terubat, dah setiap persoalan akan terjawab. Dan semoga apa yang terjadi tersembunyi seribu hikmah yang kita sendri tidak pernah menyedarinya..
Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. 
Hukum Dunia sedikit tapi HukumAkhirat...subahannaallah... Hanya Dia yang mengetahuinya..Biarpun aku tidak pandai mengaji Al-quran, tapi ak masih tahu membaca ayat RUMI disebalik ayat JAWI.. Aku tahu Azabnya..dan semoga apa yang aku tahu masih boleh membantu aku yg buta membaca Al-Quran.
Amin..


16 Disember 2012

Kerja...yang...aku...tak..berapa..suka..nak..buat

Kerja yang Paling aku tak suka ialah :-


1 ~ Kejut Orang dari bangun Tidur



2 ~ Call Orang yang tak reti-ret nak jawab sebalinya SILENT Ringtone



3 ~ Bersiap Awal-awal nak kuar tapi Lari dari Time yang ditetapkan


4 ~ Dah mengemas tapi orang lain tolong sepahkan balik


5 ~ Dan Sebagaimana yang aku namak menyemakan mata hati aku...


..semoga  kerja-kerja itu aku tak selalu buat dan orang lain tak buat..






15 Disember 2012

Kaca Berderai...Lilin Menyinari Kegelapan...Hati tetap terluka..!!



Sampai bila la sedih aku ini nak hilang dan kembali tenang. Hati aku macam..sepihan kaca nie.. namun tak seorang dari mereka yang sebenarnya tahu. Sampai bila aku nak biarkan dorang semua buat aku macam tu..!!
Sampai bila aku nak biarkan dorang buat kewujudan aku nie ada dalam tiada... Bila susah ingat aku tapi bila senang hilang terus je tu...hahahahaa....
Pastu clik satu ayat yang dorang suka cakap nie "MENGAMBIL KESEMPATAN DARI KEBAIKAN ORANG" huhuhhuhuuu....Hebatnya ayat dorangkan , macam dorang tu  tak ada ciri-ciri ayat macam tu pulak. Pastu suka suki dorang je nak cakap aku macam tu..xgeram rasa hati. Kalau dah tahu aku nie ada kepentingan dalam hidup korang tak reti-reti ke jaga hati dan perasaan aku nie...bukannya susah.

Nie tak ada nye dorang nk jaga, malah dorang sakitkan hati aku ada la...nie bukan lagi berkecai macam pecah kaca lalu jadi debu, kemudian......FFFFFFLLLLLLYYYYYYYYYY.......
Sakitnya hati sebak dada asyik tahan rasa marah, geram, bengang, dan benci pada dorang tu. Walaupun aku  tahu tak guna nak lepas marah pada orang-orang yg tak nak dan tak pernah tahu perasaan orang lain, tapi betul la kata Arwah Abah aku...aku ini ibarat satu lilin menyinari kegelapan orang lain tapi bile kegelapan diriku, mereka hilang.

Serius aku cakap jika hal yang tidak berkaitan dengan family, aku tak ada nak layan jiwa jiwang macam ni...
but this...damnnn...me ROSAK kan hati aku.
Nak kata aku tak boring asyik termenung memang aku dah boring tersangat-sangat sampai aku menangis layan sendiri jiwa ni weii...ada masa tu, sampai ke satu tahap aku ada rasa berpura-pura dalam ok tapi sebenarnya aku memang tak berapa ok...terus terang aku tak mau rasa mcam ni wujud dalam kehidupan aku....bosan, sakit, sebal... bak kata orang indonesia....BETE sik....!!!!????!!!!

Tapi, Apa yang dah terjadi dan semua yang telah terjadi adalah sejak Arwah Abah tak ada.. Nak menjaga 2 IBU memang bukan mudah. 2 hati berbeza rasa....
sorang Ibu Tiri dan sorang lagi Ibu kandung aku boleh macam tu.. pasti 9 orang adik beradik...Ibu tiri aku ada 4 orang semua lelaki anak hasil perkahwinan dia dengan Arwah Bapa aku.. dan Ibu kandung aku pula mempunyai 5 orang anak iaitu 3 perempuan 2 lelaki.

Macam mane aku nak cakap nie yea, jenis sikap adik beradik aku ini....peerrhhhhhhh.....semuanya jenis ke laut.... Semua bajet2 bagus tapi semua hampehhhhhhh....!!!!!!!!!!. (Termasuk ladenan aku sendiri ....huhuhuuhu....uu....) Dengan sikap yang berpelbagai kerenah, degil, keras kepala dan keras hati adik-beradik aku  semua ada la....Aduh.. orang yang tengok pasti fening apatah lagi aku yang dari azali bersama.. Dan sebab itulah dahulu aku sering melihat Arwah Abah sering duduk sendirian di dalam bilik Arwah sambil bersilang kaki termenung melihat ke lantai..maybe inilah yang Arwah Abah sering fikir kan sikap ANAK-ANAKnya yan tidak pernah matang dan entah bile matangnya.

kalau ayat aku tu kadang2 jiwa..bukan aku buat-buat tapi itulah kenyataannya ..kita nie bukanlah sempurna mana pun. Dalam hati kita nie kadang-kadang tersembunyi seribu kedukaan, kegembiraan dan pelbagai rasa... Ada yang suka memendam rasa sehingga makan hati sendiri. Ada yang suka meluah rasa demi kebaikan hati mereka bersama, Ada yang suka meberontak dengan perbuatan ataupun mereka lebih suka jika mereka tahu sendiri.

Inilah cara aku..jika luah nie mereka tahu, maybe dorang akan tahu bagaimana isihati aku yang sebenarnya....tapi sayang dorang tak pernah nak tahu isihati aku, sebab masing-masing hanya sibuk dengan kehidupan mereka. Malah setiap apa yang aku lakukan seringkali dikata....KEBUDAK-BUDAKKAN....( boleh macam tak macam itu ). Orang tak akan percaya bahawa umur aku ini sudah 30an..tapi disebabkan tubuh badanku yg agak "COMEL" so orang tak tahu la berapa umur aku melainkan orang-orang tua sahaje yang tahu menilai umur aku dari raut muka aku yang bermasalah.

Now on, aku biarkan mereka dengan dunia mereka, dan aku dengan dunia aku ini. Jika aku melarang mereka ataupun menegur mereka nanti mereka membaling "AYAT-AYAT CINTA" pulak kepada aku, so better aku biarkan mereka. Jika mereka datang bertanya baru aku bersuara.. tapi ibarat lagu Iwan Dangdut....YANG SEDANG-SEDANG saja..lain ayat pasti sentap jiwang pulak..

Kadang-kadang untuk kita menyedari akan kesilapan yang kita lakukan amat sukar untuk kita ketahui, sehingga ada orang lain yang nampak akan kesilapan kita. Aku tahu kadangkala aku sering melakukan kesilapan, tapi itu tidak bermakna mereka boleh menghukum aku seperti membunuh orang ataupun pengedar DADAH...!!!!..( Ahahahahha..lawaknya Ayat ini.)



Arwah Abah pergi tanpa meninggalkan kuasa VETO kepada aku, maka dengan itu Adik-adik aku tidak pernah mendengar kata dua aku. Zaman remaja aku dahulu agak NAKAL..

Apa jua kenakalan aku Arwah Abah cukup makan hati. Fening Kepala dia bila dok memikirkan sikap aku dahulu yang suka meberontak, melawan cakap dan sebagainya. Sampai Arwah abah mengelarkan aku KELAWAR MALAM. Nak tak nak Abah mula terima dengan sikap aku sebab Arwah Abah tahu satu saat sikap aku akan berubah BORING dan kembali kepada ASAL usulnya.. waktu itu adik beradik aku yang lain masih kecil-kecil.. so apa yang aku lakukan jadi perhatian dorang semua la. Betul la kata orang-orang tua dahulu, Ayah akan melarang setiap perbuatan yang kita lakukan, tapi ibu akan membiarkan dan menasihati bila ayah mula bersuara KASAR. sebab itu Arwah abah ada cakap..jangan melebih apa yang kita buat..aku anak sulung so jangan marah jika satu ketika adik-adik bersikap kasar kepada kita. Aku tidak marah dengan apa yang telah Arwah Abah katakan, ia memang ada benarnya..tapi itu tidak bermakna mereka harus tidak menghormati aku sebagai KAKAK SULUNG. Aku tidak pernah melarang apa yang mereka ingin lakukan, asalkan ia tidak merugikan diri sendiri ataupun memalukan keluarga. Sudah cukup pengalaman kehidupan dahulu mengajar aku erti kehidupan. Jika aku ingin luahkan pasti panjang berjelar dan agak sukar korang-korang nak baca nanti..hahahhahahahaha.....


Yang pasti hari ini, hati aku cukup-cukup menderita.. Menderita kerana kasih sayang aku kepada adik beradikku sendiri. Menderita kerana mereka masih belum mengetahui kasih sayang aku kepada mereka semua. Derita kerana masih ada yang salah sangka akan kash sayang aku kepada mereka.

Derita ini kerana aku tidak mampu melakukan apa-apa, aku tidak mampu merubahi apa-apa jua.
Apa yang pastinya hanya mereka juga yang harus melakukan perubah ini demi kebaikan kami bersama, jika aku sorang pasti pincang warna dan rosak reka bentuknya..


sesungguhnya aku sayangkan mereka semua..tapi sayangnya.. kata-kata sayang aku seperti tak wujud dalam kehidupan mereka..

Along sayang korang semua..

Angah, Alang, Abang, Adik & Mak.....

Along sayang korang semua..., Ayong, Anjang, Abang Chik, Adik Nata & Cik Ora..


sayangnya.......


Do Not Jugde Me...



Kenali aku maka kau akan tahu bagaimana dan siapa diriku sebelum kamu berkata dan menghukum aku!!!



Takhta - Filsuf Feat Erna


Di mana tempat adanya kuasa
Di situ juga adanya angkara

Di mana ada namanya manusia
Di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
Dan yang gagah ingin terus berada di atas

(*)
Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengelar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudara ku

Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
Peduli apa katamu, peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus
Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
Cuma hanya ini yang ku mahu

Bila kau menjadi kaku

Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bernyawa
Aku sudah berada di atas takhta


(*)

Saudara ku, yang berada disekelilingku
Saudaraku, yang sanggup menempuh maut dgn ku
Saudaraku, yang hidup mati bersama aku
Saudaraku, yang telah gugur kerana aku

Kerana kuasa aku telah menjadi lupa

Kerana kuasa aku hampir binasa
Hampir ku hilang nyawa, hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula
Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua

Supaya aku sedar

Supaya tak mudah lagi lupa
Supaya tak mudah megah
Dan di atas pasti kebawah

Giliran di bawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya

Untuk menimpa mengambil alih takhta
Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa





Doa Buat Semua...












Wahai Allah Yang Maha Pengasih
Sejahterakanlah Untuk Ku...Ya Allah….,


Semoga Aku Sihat Dan Bahagia
Semoga Aku Bebas Dari Kemarahan & KebencianSemoga Aku Bebas Daripada Kemiskinan Jiwa & RagaSemoga Aku Bebas Daripada Penderitaan Jasmani & RohaniSemoga Aku Dapat Mempertahankan Kebahagian Sendiri

Wahai Allah.....Yang Maha MembukaAjarlah Kami Yang Lemah Untuk Melihat Jalan Keluar Dari Semua Masalah,Bukalah Hijab Kami Yang Tak Mampu Melihat Kebaikkan Pada Peristiwa,Jangan Tutup Untuk Kami Pintu Kebaikkan Yang Selayaknya Kami Dapat,
Sekiranya Engkau Mengkehendaki Sesuatu Tertutup,


Betapa Apa Pun Segala Kekuatan Bersatu Untuk Membukannya


Pasti Tidak Ada Yang Akan Membukanya Kecuali Dengan Kekuasaan Mu Ya Allah…
Kami Berdiri Di Gerbangmu Mengetuk Pintu Mu Bertalu-Talu…

Ya Fattah.....Ya Fattah.....Ya Fattah
Buka Pintu Hijab Kami Ya Fattah
Kami Berharap Redha & Kasihmu
Kami Mengharapkan Dibukan Pintu Rahmatmu Seluas-Luasnya
Maka Kami Menzikirkan Asmamu 
Bukalah Segala Kebaikkan Untuk Kami


Dengan Namamu Ya Allah,

Al Fattah Wahai Zat Yang Maha Pembuka

Kami Berharap Terbukalah Semua Pintu Barokah


Ya Rahman Ya Tuhanku
Meskipun Aku Belum Sempat Mengucapkan
Kesyukuran Atas Segala Nikmatmu Untukku
Aku Redha Aku Ikhlas
Dan Aku Pasrah.. Ya Allah…
Ya Allah,

Kini Aku Mengetuk Lagi Pintu RumahMu,Menyampaikan 
Hasrat & Hajat Ku & Lagi & Lagi
Aku Memohon Agar Engkau, Ya Allah….
Tetap Sudi Mendengarnya Kerana Sesungguhnya
Kaulah Yang Maha Mendengar...

Ya Wahab...
Kau Peruntukkan Kecukupan Untukku & Saudara-Saudaraku
Ya Ghaniy ... Yang Maha Kaya & Lengkap..
Kau Kurniakanlah Ke Dalam Hati-Hati Kami Akan Nur Muhammad,

Kekasihmu Agar Kelak Cahaya Ini Menjadi Pelita Untuk Kami Menuju Nur-Mu..


Ya Razzaq Yang Maha Pemberi Rezeki,
Kau Limpahkan Rezekimu Yang Barakah Buatku & Saudara-Saudaraku,Agar Kami Dapat Meneruskan Sedekah Amal Jariah Terhadap Mereka Yang Memerlukan,
Agar Kami Dapat Limpahkan Kurnia Kekayaan Zahir & Batin Yang Kau Amanahkan

Kepada Kami..
Agar Kami Dijauhi Dari Kefakiran & Kemiskinan
Yang Boleh Membawa Kami Kepada Kekufuran

Agar Kami Dapat Meneruskan Hidup Kami Dalam Kelapangan & KESENANGAN YANG Membawakan Jiwa Kami Kepada Kemakmuran
Lalu Kami Berjaya Menguasai Diri Untuk Berjaya Sebagai Hambamu Dunia & Akhirat

Ya Rashid Yang Memimpin Kepada Kebenaran,Jika Ada Antara Kami Ini Jauh DariMu, Mohon Ya Allah Dekatkanlah Kami Kembali Serta Bangkitkanlah Semula Rindu Asmara Kami Terhadapmu..Sesungguhnya Kau Maha DekatKau Hampir Pada Setiap Dari Kami, Sesungguhnya Kami Ini Sering Lalai, Ya AllahDekatkanlah Kami Pada Mu, Ya Allah..

Mohon Kau Celikkan Hati Dan Nurani Kami Dengan Ilmu Yang Bermanafaat
Ringankan Usaha Dan Iktiar Kami, Limpahkan Kami Cahaya Ilmu,.. Ya Allah
Aku Yang Masih Fakir Ya Allah Ampunkan Aku Ya AllahYa Allah, Lapanglah Dada Kami Serta Lupakanlah Pada Sengsara Kami,Selamatkanlah Keluarga Kami Serta Berilah Penyeri Dalam Ikatan Pertalian Yang Dibina Oleh Kami...

Ya Allah,
 Selamatkan Perjalananku Dan Seluruh Umat Muhamad Mu,
Selamatkanlah Kami Ketika Kami Melaksanakan Tugasan Hidup KamiPada Setiap Hari-Hari KamiAnugerahkan Kami Kekayaan Kemakmuran Dan Kuasa Yang Mencukupi Dalam Bentuk Masa Kekuatan Dan Harta..Agar Bebanan Yang Terpikul Ini Menjadi Ringan Dan Mudah,Agar Segala Janji Ditunaikan Dan Segala Ibadat Mendapat Redhamu, Ya Allah..

Ya Allah,..
 Sekiranya Ada Yang Tertinggal Kata-Kata Dalam Doa Ku Ini
Kau Tahu Apa Terkandung Di Dalam Isihati Aku Ini Jua..Ampunkan Segala Dosa-Dosa Besar Dan Kecil Ku Terhadap Mu, Ya Allah..Dan Kepada Kedua Ibu Bapa Aku,, Anak-Anak, Saudara-Saudara, Sahabat Handai Dan Semua Yang Mengenali Aku Serta Seluruh Umat Muhamad Sama Ada Yang Masih Hidup Atau Telah Kembali Ke Rahmatullah. Ampunkan Aku Ya Allah Kerana Terlalu Banyak Yang Aku Meminta-Minta Kerana Sesungguhnya Pergantungan Ku Ibadatku Solat Ku Hidup Dan Mati Ku Hanya Pada Mu Ya Allah....

Jika Doa Hamba Mu Ini Tak Perkenan Pada Mu Ya Allah, Aku Tetap Redha Dan Aku Akan Terus Memohon Padamu Ya Allah....
"Ya Allah, Tolonglah Aku Dalam Menjalankan Agama Yang Merupakan Pelindung Segala Urusanku.Elokkanlah Urusan Duniaku Yang Merupakan Tempat Aku Mencari Kehidupan.Elokkanlah Urusan Akhiratku Yang Merupakan Tempat Aku Kembali.
Jadikanlah Kehidupanku Ini Sebagai Tambahan Segala Kebaikan Bagiku Dan Jadikanlah Kematianku Sebagai Ketenangan Bagiku Dari Segala Kejahatan."

Hamba Yang mengharapkan Petunjuk Ke Arah Kebaikan Dalam Setiap Perjalananku dan juga Urusanku..
Amin Ya Robaallamin..